Hantu Dalam Botol Kicap
Sinopsis: Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga
orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek
Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun
dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka
diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka
tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh
masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar
mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan
kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka
pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.
Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut
bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar
bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut.
Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul
mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu
terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk
membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina
tetapi disergah oleh Nek Temah.
No comments:
Post a Comment